Ahad, 15 Mei 2011

Sejarah Masjid Nurul Islam, Desa Pahlawan

SEJARAH PENUBUHAN SURAU JUMAAT NURUL ISLAM DESA PAHLAWAN / PERWIRA JAYA.

  Penubuhan Surau Jumaat (Madrasah Nurul Islam) Desa Pahlawan/Perwira Jaya,  didirikan kira-kira pada tahun 1975 oleh penduduk-penduduk Desa Pahlawan/Perwira Jaya serta penduduk sekitarnya secara bergotong royong. Permulaannya ia boleh menampung kira-kira 70 orang jemaah  dikala kampung ini berstatus setinggan (rumah kilat) dengan menggunakan lampu minyak tanah.

Pada tahun 1977 perkampungan ini telah dibekalkan dengan tenaga elektrik oleh TNB (LLN) dan penduduk-penduduk kampung telah membesarkan madrasah ini sedikit demi sedikit sehinggalah perkampungan ini telah diberikan status HAK MILIK.

Selepas itu penduduk-penduduk telah dapat membesarkan madrasah ini sehingga ia mampu menampung lebih kurang 600 – 800 orang jemaah. Kemudian pihak pentadbiran madrasah telah memohon kepada pihak JAWI kebenaran untuk mendirikan sembahyang fardu Jumaat. Setelah pihak JAWI melihat  madrasah dan telah berpuas hati dengan keadaannya, madrasah ini telah dibenarkan untuk mendirikan solat fardu Jumaat dengan status SURAU JUMAAT pada tahun 1993 sehinggalah ke hari ini.

Untuk pengetahuan, madrasah ini telah pun diberikan kebenaran untuk mendirikan MASJID di lot PT2155 dan PT2156. InsyaALLAH , Jawatankuasa Pembangunan Masjid telah dalam proses akhir perancangan sebelum masjid ini dibina.

Sekian lebih kurang sejarah penubuhan Surau Jumaat (Madsradah) Nurul Islam Desa Pahlawan / Perwira Jaya , Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan